SELAMAT DATANG KE
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI KEDAH

PERKHIDMATAN KAMI

Pelbagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan perancangan dan pembangunan anda

BERITA DAN PENGUMUMAN

Dapatkan maklumat terkini mengenai berita dan pengumuman PLANMalaysia Kedah

Cover for PLANMalaysia Kedah
1,802
PLANMalaysia Kedah

PLANMalaysia Kedah

PLANMalaysia Kedah atau dahulu dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah.

2 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
| BERITA |KURSUS ASPIRASI “THE GREATER KEDAH”10 Ogos 2026 | PLANMalaysia Kedah Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih menyeluruh kepada para pegawai mengenai hala tuju pembangunan Negeri Kedah, khususnya berkaitan aspirasi, strategi dan perancangan pembangunan negeri.Pembentangan telah disampaikan oleh Encik Mohammad Afifi bin Mohammad dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, beliau telah berkongsi pengetahuan dan perspektif berkaitan aspirasi serta hala tuju pembangunan Negeri Kedah. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para pegawai, di samping melaksanakan peranan dan tugasan berkaitan perancangan pembangunan negeri secara lebih berkesan dan strategik. ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
|BERITA|𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊PLANMalaysia Kedah | 3 Ogos 2026 | Isnin |Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Jerlun, Daerah Kecil, Kedah.PLANMalaysia Kedah telah mengadakan Mesyuarat Kick Off bagi Kajian Pembangunan Pelancongan Dataran Jeruju, Daerah Kubang Pasu bertempat di Pejabat Daerah Jerlun. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Wirda Asmat selaku Pengurus Projek; merangkumi penglibatan perunding Green Acres Studio Sdn. Bhd. serta pelbagai agensi teknikal kerajaan seperti JKR, JPS, JPNK, MPKP, PDKP, PDRM, PERHILITAN, MOTAC, LKIM dan MADA. Sesi ini bertujuan memperkenalkan pihak perunding, menerangkan skop kajian, dan mengumpul pandangan awal pelbagai jabatan demi memastikan perancangan dilaksanakan secara menyeluruh serta bersepadu.Program diteruskan dengan lawatan tapak ke lokasi utama iaitu Kuala Sanglang, Kuala Kerpan, Kuala Tunjang, Kuala Jerlun, dan Kuala Kuar. Tinjauan lapangan ini memberi gambaran jelas kepada pihak perunding mengenai isu, cabaran, dan potensi pembangunan kawasan persisiran pantai. Penglibatan Penghulu setiap Kuala serta wakil MMK setempat turut membantu menyalurkan maklumat dan keperluan sebenar penduduk tempatan.Kerjasama strategik antara PLANMalaysia Kedah, agensi teknikal, perunding, dan komuniti ini diharapkan dapat menyokong pembentukan pelan pembangunan pelancongan yang mampan dan berdaya tahan. Langkah ini bukan sahaja melindungi ekosistem alam sekitar, malah memberi manfaat ekonomi yang berterusan kepada masyarakat tempatan dan sektor pelancongan Negeri Kedah. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen serta kerjasama padu sepanjang program berlangsung.Unit Projek Khas, PLANMalaysia Kedah. ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
| Berita |MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN TEKNIKAL – JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) BILANGAN 5 TAHUN 202616 Julai 2026 | Khamis | Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman |Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Teknikal – Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah (JPN) Bilangan 5 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, DSSS., AMK., BCK., Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Kedah Darul Aman serta dihadiri oleh wakil-wakil agensi teknikal di peringkat Negeri yang berkaitan. Sebanyak dua (2) permohonan telah dibentangkan untuk pertimbangan kelulusan mesyuarat.Sumber:Unit Kawalan Perancangan & Tanah Kerajaan ... See MoreSee Less
View on Facebook

4 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
📢 HEBAHAN PEMERIKSAAN AWAM📢Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah mempelawa orang awam untuk membuat pemeriksaan dan mengemukakan bantahan atau representasi terhadap Cadangan Pengubahan Rancangan Tempatan Daerah Langkawi 2030 (Draf Perubahan 13 & 15).🗓 Tempoh Publisiti: 27 Julai 2026 hingga 23 Ogos 2026📍 Dokumen boleh diperiksa di:(Lokasi Tetap) - Waktu Bekerja Sahaja• Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)• Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLPB)(Lokasi Bergerak)Jetty Point, Kuah, LangkawiSebarang bantahan atau representasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah sebelum atau pada 23 Ogos 2026.Maklum balas anda amat penting dalam membantu membentuk perancangan dan pembangunan Daerah Langkawi yang lebih mampan.Terima Kasih. ... See MoreSee Less
View on Facebook

4 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
📢 HEBAHAN PEMERIKSAAN AWAM📢Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah mempelawa orang awam untuk membuat pemeriksaan dan mengemukakan bantahan atau representasi terhadap Cadangan Pengubahan Rancangan Tempatan Daerah Langkawi 2030 (Draf Perubahan 13 & 15).🗓 Tempoh Publisiti: 27 Julai 2026 hingga 23 Ogos 2026📍 Dokumen boleh diperiksa di:(Lokasi Tetap) - Waktu Bekerja Sahaja• Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)• Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLPB)(Lokasi Bergerak)Jetty Point, Kuah, LangkawiSebarang bantahan atau representasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah sebelum atau pada 23 Ogos 2026.Maklum balas anda amat penting dalam membantu membentuk perancangan dan pembangunan Daerah Langkawi yang lebih mampan.Terima Kasih. ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 month ago

PLANMalaysia Kedah
| 𝐒𝐄𝐌𝐎𝐆𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 |Hari ini merupakan kesinambungan perjuangan Pasukan Debat PLANMalaysia Kedah dalam Pertandingan Debat Ala Parlimen Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sempena Sambutan Hari Inovasi PLANMalaysia Tahun 2026.Doa dan sokongan seluruhwarga PLANMalaysia Kedah sentiasa mengiringi perjalanan pasukan ini. Semoga diberikan ketenangan dalam menyampaikan hujah, ketangkasan dalam menjawab setiap cabaran serta dipermudahkan segala urusan sepanjang pertandingan.Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Teruskan melangkah dengan yakin, berjuang sehingga ke penghujung dan semoga kejayaan menjadi milik Pasukan Debat PLANMalaysia Kedah.#debat2026#debatalaparlimen#pmkedah ... See MoreSee Less
View on Facebook

PLANMALAYSIA NEGERI

Rangkaian pejabat PLANMalaysia di seluruh negara untuk perkhidmatan yang lebih dekat dengan anda

AGENSI DAN JABATAN BERKAITAN NEGERI KEDAH

Kerjasama pelbagai agensi dan jabatan di Negeri Kedah demi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

TOP