SELAMAT DATANG KE
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI KEDAH

PERKHIDMATAN KAMI

Pelbagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan perancangan dan pembangunan anda

BERITA DAN PENGUMUMAN

Dapatkan maklumat terkini mengenai berita dan pengumuman PLANMalaysia Kedah

Cover for PLANMalaysia Kedah
1,744
PLANMalaysia Kedah

PLANMalaysia Kedah

PLANMalaysia Kedah atau dahulu dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah.

6 days ago

PLANMalaysia Kedah
|BERITA|MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) KALI KE 176 (1/2026)31 MAC 2026 | SELASA Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) kali ke 177 yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Blok E, Aras 6, Wisma Darul Aman dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah dan turut dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) yang dilantik sebagai ahli tetap iaitu YB. Mej (B) Mansor Bin Zakaria, YB. Dato' Haji Mohamad Yusoff bin Haji Zakaria, YB. Dr. Haim Hilman bin Abdullah dan YB. Dato' Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali.Turut hadir pada mesyuarat berkenaan adalah barisan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Negeri Kedah dan jabatan - jabatan teknikal antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Pegawai Kewangan Negeri Kedah dan lain-lain. Pegawai - Pegawai Daerah serta Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Kedah turut serta dalam menjayakan mesyuarat ini.Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Bil. 1/2026 ini telah membentangkan 5 Kertas Kerja Dasar, 7 Kertas Kerja Penyediaan/Penggantian/Pengubahan Rancangan Tempatan dan 2 Kertas Kerja Pemakluman. Mesyuarat ditangguhkan jam 1.15 petang.Sumber:Urusetia JPN Negeri Kedah ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
| BERITA |Bengkel Verifikasi Data Status Pewartaan Kawasan Lapang Negeri Kedah Bil.01/2026 telah diadakan pada 11&12 Mac 2026 | Rabu & Khamis | Bilik Mesyuarat Keriang, PLANMalaysia KedahPLANMalaysia Kedah telah mengadakan satu bengkel bagi pengesahan data status pewartaan kawasan lapang di seluruh Negeri Kedah. Ini merupakan susulan daripada bengkel pengemaskinian data yang telah diadakan pada Februari 2026.Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini melibatkan jabatan/agensi seperti Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah, Pejabat Daerah dan Tanah di semua daerah serta semua pihak berkuasa tempatan di Negeri Kedah.Data status pewartaan kawasan lapang ini akan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri serta akan diangkat untuk pemakluman di Majlis Perancangan Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.PLANMalaysia Kedah mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen jabatan/agensi yang terlibat dalam membekalkan data terkini berkaitan status pewartaan kawasan lapang di Negeri Kedah.Salam ramadhan. Semoga semua amalan kita di sepanjang bulan yang mulia ini diterima Allah Ta'ala.-UMGICT PLANMalaysia Kedah-#PLANMalaysia#PTGKedah#mbas#mpspk#mpkk#mplbp#mpkp#mdb#mdp#mdy#mdbb#mds#mdpt#pbtkulimhitech ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
Salam Aidilfitri dengan setulus ikhlas daripada seluruh Pengarah PLANMalaysia Kedah. ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
[UCAPAN]SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATINJabatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Raikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran, eratkan silaturahim dan saling bermaafan antara satu sama lain.Salam Aidilfitri dengan setulus ikhlas daripada seluruh warga kerja PLANMalaysia Kedah. ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
|BERITA|MAJLIS KHATAM AL QURAN SEMPENA RAMADAN 2026/1447H15 Mac 2026 | Bilik Mesyuarat Jerai, PLANMalaysai Kedah Jabatan melalui Biro Aset dan Agama PERKAS telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran selepas selesai pelaksanaan Program Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan pada tahun ini. Program ini merupakan salah satu inisiatif jabatan dalam menyemarakkan amalan membaca Al-Quran serta mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian yang bermanfaat. Majlis tersebut telah diketuai oleh Encik Aiman Bin Md Salleh, Penolong Pengarah Unit ICT.Seramai sembilan belas (19) orang peserta telah mengambil bahagian dalam Program Tadarus Al-Quran yang terdiri daripada pegawai jabatan serta dua (2) orang pelajar amali yang sedang menjalani latihan industri di jabatan ini. Kesemua peserta telah berjaya menyelesaikan bacaan sebanyak 30 juzuk Al-Quran secara bersama, sekali gus menandakan kejayaan pelaksanaan program tadarus yang dianjurkan.Penganjuran program ini secara tidak langsung dapat memupuk nilai cintakan Al-Quran dalam kalangan warga jabatan serta menggalakkan pegawai untuk membudayakan amalan membaca dan menghayati kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Selain itu, program seperti ini juga berperanan dalam mengeratkan ukhuwah dan hubungan erat antara pegawai melalui penglibatan bersama dalam aktiviti keagamaan yang penuh keberkatan.Di akhir majlis, TPr Abdul Hadi Bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Korporat, dengan besar hati telah menyampaikan senaskah Al-Quran terjemahan sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta Program Tadarus Al-Quran. Sumbangan tersebut telah disediakan oleh Persatuan Kebajikan Am JPBD Negeri Kedah (PERKAS). ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 month ago

PLANMalaysia Kedah
| Berita |MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN TEKNIKAL – JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) BILANGAN 2 TAHUN 20262 Mac 2026 | Ahad | Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman |Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Teknikal – Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah (JPN) Bilangan 2 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, DSSS., AMK., BCK., Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Kedah Darul Aman serta dihadiri oleh wakil-wakil agensi teknikal di peringkat Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan. Sebanyak dua (2) permohonan telah dibentangkan untuk pertimbangan kelulusan mesyuarat.Sumber:Unit Kawalan Perancangan & Tanah Kerajaan ... See MoreSee Less
View on Facebook

PLANMALAYSIA NEGERI

Rangkaian pejabat PLANMalaysia di seluruh negara untuk perkhidmatan yang lebih dekat dengan anda

AGENSI DAN JABATAN BERKAITAN NEGERI KEDAH

Kerjasama pelbagai agensi dan jabatan di Negeri Kedah demi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

TOP