SELAMAT DATANG KE
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI KEDAH

PERKHIDMATAN KAMI

Pelbagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan perancangan dan pembangunan anda

BERITA DAN PENGUMUMAN

Dapatkan maklumat terkini mengenai berita dan pengumuman PLANMalaysia Kedah

Cover for PLANMalaysia Kedah
1,794
PLANMalaysia Kedah

PLANMalaysia Kedah

PLANMalaysia Kedah atau dahulu dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah.

1 week ago

PLANMalaysia Kedah
𝖳𝖠𝖶𝖠𝖱𝖠𝖭 𝖲𝖤𝖡𝖴𝖳 𝖧𝖠𝖱𝖦𝖠𝖭𝖮. 𝖳𝖠𝖶𝖠𝖱𝖠𝖭 : 𝐒𝐇/𝐉𝐏𝐁𝐃/𝐊𝐀/𝟕𝟎𝟎/𝟏𝟏𝐉𝐥𝐝.𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟔-𝟐 𝖲𝖪𝖮𝖯 𝖪𝖤𝖱𝖩𝖠 : 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋, 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐉𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈, 𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐏𝐀𝐓𝐈𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 (𝐊𝐒𝐈𝐒) 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟓 𝖧𝖠𝖱𝖦𝖠 𝖣𝖮𝖪𝖴𝖬𝖤𝖭 : 𝐑𝐌𝟓𝟎.𝟎𝟎 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐬𝐤𝐚𝐡. 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐈 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊𝐀𝐍 𝖳𝖠𝖱𝖨𝖪𝖧 𝖡𝖴𝖪𝖠 : 𝟏 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐀𝐁𝐔) 𝖳𝖠𝖱𝖨𝖪𝖧 𝖳𝖴𝖳𝖴𝖯 : 𝟏𝟓 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐀𝐁𝐔) , 𝐉𝐀𝐌 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐑𝐈 ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
|BERITA|KUNJUNGAN HORMAT PASUKAN KAJIAN KE JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI KEDAH BAGI KAJIAN RANCANGAN WILAYAH NEGERI PULAU PINANG, KEDAH, PERAK DAN PERLIS (RW PEKA)22 Jun 2026 | Bilik Mesyuarat Jerai | PLANMalaysia KedahJabatan telah menerima satu kunjungan hormat daripada Bahagian Perancangan Wilayah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) bersama Peers Consult (M) Sdn. Bhd. bertujuan untuk memperkenalkan pelaksanaan Kajian Rancangan Wilayah Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis (RW PEKA) kepada pihak PLANMalaysia Kedah di samping mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak sepanjang tempoh pelaksanaan kajian untuk tempoh 18 bulan yang bermula pada 16 April 2026 hingga 16 Oktober 2027. Sesi yang dipengerusikan oleh Tuan Mohd Munizam bin Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) ini menjadi platform bagi mendapatkan pandangan, nasihat serta input strategik daripada PLANMalaysia Kedah berhubung isu, potensi dan keutamaan pembangunan Negeri Kedah, selain membincangkan keperluan data, kaedah penyelarasan dan penglibatan agensi berkepentingan bagi memastikan kajian yang dilaksanakan dapat memenuhi aspirasi pembangunan wilayah secara holistik dan mampan.Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini. Sumber:Bahagian KorporatPLANMalaysia Kedah ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
|BERITA|MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) KALI KE 178 (2/2026)16 JUN 2026 | SELASA | WISMA DARUL AMANMesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) kali ke 178 yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Blok E, Aras 6, Wisma Darul Aman dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah dan turut dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) yang dilantik sebagai ahli tetap iaitu YB. Mej (B) Mansor Bin Zakaria, YB. Dato' Haji Mohamad Yusoff bin Haji Zakaria dan YB. Dato' Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali. Turut serta, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) yang lain sebagai ahli turut hadir.Turut hadir pada mesyuarat berkenaan adalah barisan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Negeri Kedah dan jabatan - jabatan teknikal antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan lain-lain. Pegawai - Pegawai Daerah serta Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Kedah turut serta dalam menjayakan mesyuarat ini.Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Bil. 2/2026 ini telah membentangkan 11 Kertas Kerja Dasar, 16 Kertas Kerja Penyediaan/Penggantian/Pengubahan Rancangan Tempatan dan 2 Kertas Kerja Pemakluman.Mesyuarat ditangguhkan jam 1.00 petang.Sumber:Urusetia JPN Negeri Kedah ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 month ago

PLANMalaysia Kedah
| Berita |MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN TEKNIKAL – JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) BILANGAN 4 TAHUN 20267 Jun 2026 | Ahad | Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman |Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Teknikal – Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah (JPN) Bilangan 4 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Mohd Munizam bin Abdul Aziz, AMK., PKT., Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) serta dihadiri oleh wakil-wakil agensi teknikal di peringkat Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan. Sebanyak tiga (3) permohonan telah dibentangkan untuk pertimbangan kelulusan mesyuarat.Sumber:Unit Kawalan Perancangan & Tanah Kerajaan ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 month ago

PLANMalaysia Kedah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,Salam Aidiladha 1447H saya ucapkan kepada seluruh masyarakat Muslim khususnya di Negeri Kedah Darul Aman.Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kesyukuran buat kita semua.Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT sebagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Semoga semangat pengorbanan ini dapat memupuk sifat kasih sayang, perpaduan serta keprihatinan dalam masyarakat.Firman Allah SWT:“Daging dan darah korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”-Surah Al-Hajj, ayat 37Marilah kita bersama-sama mengambil hikmah Aidiladha dengan memperbanyakkan amal kebajikan serta mengeratkan silaturahim sesama insan.Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.Maaf Zahir dan Batin.PengarahPLANMalaysia Kedah ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 month ago

PLANMalaysia Kedah
| 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 |𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐈𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇𝟏𝟕 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐀𝐇𝐀𝐃 | 𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇Jabatan melalui Unit Projek Khas telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kawalan Lampu Isyarat Negeri Kedah, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE), Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah bagi meninjau pelaksanaan sistem pengurusan trafik pintar serta pengoperasian infrastruktur lampu isyarat dan lampu jalan pintar di peringkat negeri.Lawatan ini turut disertai oleh wakil daripada Majlis Daerah Pendang (MDP), Majlis Daerah Yan (MDY), Majlis Daerah Sik (MDS), Majlis Daerah Baling (MDB), Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB), Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) serta Unit Satelit Bandar Pintar Zon Utara sebagai sebahagian daripada usaha kolaboratif antara agensi negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memperkukuhkan pelaksanaan agenda bandar pintar di Negeri Kedah.Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan penerangan teknikal, perkongsian maklumat serta input berkaitan pelaksanaan inisiatif bandar pintar yang menyokong indikator MS ISO 37122:2019. Fokus lawatan meliputi pengurusan data lampu isyarat pintar, sistem pemantauan dan pengurusan prestasi lampu jalan pintar, serta maklumat berkaitan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf dan pemasangan baharu lampu jalan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bandar.Selain itu, para peserta turut didedahkan kepada aspek pemantauan aliran trafik secara masa nyata, pengurusan prestasi lampu isyarat serta penggunaan teknologi pintar dan sistem bersepadu dalam meningkatkan tahap kecekapan, keselamatan dan responsiviti sistem pengangkutan bandar.Lawatan ini juga menjadi platform perkongsian amalan terbaik dan pengalaman teknikal antara agensi dalam usaha memperkukuh perancangan pembangunan bandar pintar yang lebih mampan, berdaya tahan dan berorientasikan teknologi di peringkat negeri serta daerah.Jabatan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Ir. Amalina binti Taib, Ketua Jurutera Elektrik Negeri Kedah serta pihak CKE, JKR Kedah atas kesudian menerima lawatan, berkongsi maklumat teknikal dan memberikan kerjasama sepanjang sesi lawatan berlangsung.Diharapkan lawatan kerja ini dapat memberi nilai tambah kepada PBT yang terlibat dalam penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar daerah masing-masing, di samping membantu dalam pematuhan terhadap indikator penarafan bandar pintar bagi tahun 2026.𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐊𝐡𝐚𝐬 ... See MoreSee Less
View on Facebook

PLANMALAYSIA NEGERI

Rangkaian pejabat PLANMalaysia di seluruh negara untuk perkhidmatan yang lebih dekat dengan anda

AGENSI DAN JABATAN BERKAITAN NEGERI KEDAH

Kerjasama pelbagai agensi dan jabatan di Negeri Kedah demi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

TOP